TEMA : 1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Rabu, 9 November 2011

ANDA INGIN BERJAYA?

  1. Mulakan cita-cita dengan niat kerana setiap perbuatan bergantung kepada niat. oleh sebab itu niatkanlah kebaikan dalam setiap amalan. Berikanlah manfaat kepada orang lain dan hindari daripada melakukan kejahatan.
  2. Gerak kerja dan kesungguhan iailah usaha utama menuju kemulian,penawar untuk terapi bagi penyakitmu bahkan dua perkara ini ialah asetmu.
  3. Fokuskan perhatianmu kepada satu-satu pekerjaan,pendalami,tekuni dan cintai sehingga terselah daya kreativitimu
  4. Memulakan kerja yang paling penting. Tapi awas hindarilah daripada perkara-perkara yang mengganggu konsentrasi dan teragihnya tenaga kepada banyak pekerjaan kerana keadaan ini membingungkan dan melemahkan tubuh.
  5. Kerja yang bersistematik ialah jalan menuju kerjayaan, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ialah suatu tuntutan bagi orang yang berjaya. Adapun tergopoh-gapah  adalah sifat yang dicela.
  6. Hindarilah perasaan BOSAN DAN JEMU.  kerana perasaan jemu itu tidak mendatangkan hasil, manakala perasaan bosan tidak memberi kamu penghormatan. Sebaik-baiknya banyakkan bersabar dan tetapkan pendirianmu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan