TEMA : 1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Selasa, 18 Oktober 2011

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKDARY berwajah baru...


Program RESTU Calon PMR 2011








Progaram Di Ambang Peperiksaan Calon PMR 2011




Dato` Hishamudin melawat Pameran Sudut PPDa SMKDARY




TIPS BERSAMA KAUNSELOR

Motivasi Diri: KEJAYAAN BERMULA DARI DALAM FIKIRAN.Sebelum kita melakukan sesuatu kita lazimnya bercakap seorang diri (berbisik di hati kecil) dan cuba mencongak apakah kita mampu untuk melakukannya dengan berjaya.
Percayalah jika kita melakukan sesuatu atau memulakan sebarang tugas dengan bersikap pesimis (tidak yakin), nescaya kita akan kecundang kerana kejayaan sebenarnya bermula dari dalam akal fikiran.
Ini bermakna apabila berhadapan dengan apa-apa tugas sekalipun, kita hendaklah terlebih dahulu meyakini kemampuan diri dan sentiasa optimis (yakin diri), kita akan berjaya. Walaupun pendirian seperti ini belum menjamin kejayaan sepenuhnya, namun ini penting jika ingin berjaya.

PROGRAM MENTOR MANTEE TKN.6 ATAS 2011

Alhamdulillah dengan izin-Nya Unit Bimbingan dan Kaunseling semakin mendekati `anak/adik angkat` yang telah diamanahkan.Slot kedua bersama kaunselor telah dilaksanakan dengan jayanya pada 07/09/2011. Salam dihulur salam disambut, semoga hubungan silaturrahim yang semakin erat dan bermakna ini mampu memberi inspirasi kepada `anak/adik angkat` agar lebih fokus, bersedia dan bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan STPM nanti, doa kami tidak pernah putus mengiringi perjuangan kalian...Salam penuh kasih sayang...daripada Pn. Roslina dan Pn. Sahlawati (6AE & 6AS), Pn. Noraini dan En. Erewan Affandi (6AG dan 6AV).

7 Tips Untuk Cemerlang Peperiksaan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua..
Mulai hari ini, saya Cikgu Erewan bersama sama dengan semua guru kaunseling yang lain akan cuba membantu pelajar dengan memberi sedikit sebanyak tips-tips yang berguna kepada pelajar semua terutama bagi yang bakal meghadapi peperiksaan PMR,SPM dan STPM nanti.
Pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang Cikgu paparkan di entri hari ini. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :
1. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…(ERE)

TIPS BERSAMA KAUNSELOR

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera pada semua.Entri terbaru dari cikgu pada hari ini adalah mengenai Teknik Belajar Berkesan...Sebenarnya terdapat bermacam macam jenis teknik belajar pada masa sekarang.
Terpulang pada pelajar hendak memilih mana yang dirasakan sesuai dan mudah.Salah satu Teknik tersebut cikgu nukilkan seperti dibawah ya.
Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy - [salin semula]
Rework all model 5 x - [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly - [lafaz kuat berulang kali]
Recheck - [semak semula]
Reasonnableness- [jawapan berpatutan/sebaliknya]
s-sumarize -[ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengingati pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk mengkhayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki dan perasaan yang tidak berhubung kait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengingati pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan
Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayangkan ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sihat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Apabila membaca jangan lupa untuk membuat nota kecil yang dicatat isi-isi penting.Ia lebih memudahkan anda untuk mengingat dan anda tidak perlu membawa buku teks/buku rujukan tebal.Bawa nota kecil anda kemana mana didalam saku dan jadikan ia amalan.
Perkara yang paling penting para pelajar harus ingat ialah SEMUA diatas tidak akan dapat tercapai atau dilaksanakan jika kita sendiri tidak dapat mendisiplinkan diri kita sendiri.Pelajar harus ingat kejayaan menuntut pengorbanan dan pengorbanan adalah hasil dari disiplin diri yang tinggi.
Erewan
kredit blog sabah.net

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2015

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut:
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ) emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program Bimbingan dan Kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar
· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan
· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin
                   · Sentiasa menghargai masa

BARISAN PENTADBIR SMKDARY


PENGETUA
( Tn. Hj.Omar B. Saban )


GURU PENOLONG KANAN 1
(Tn. Hj. Hassan B. Yahaya)

 
GURU PENOLONG KANAN HEM
(En. Hosnaini B. Ahmad)
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
( Pn Hjh Mardiana Bt. Kardiman )
GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
(Pn. Ramlah Bt. Hj Amin)

GKMP BAHASA
( Tn. Hj. Yusri B. Mohamad )
GKMP SAINS DAN MATEMATIK
( Pn. Lizana Bt. Mohd Wandi )
GKMP KEMANUSIAAN
( Pn. Sokma Bt. Abdullah )
GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL
( Pn. Siti Salwah Bt. Ab Aziz )

Cabaran Guru Masa Kini

Rabu, 5 Oktober 2011

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Sdary(PRS) 2011









"Tidak ada manusia yang dengan sendirinya BODOH dan tidak ada manusia yang dengan sendirinya CERDIK"

          Bermaksud ialah pekerja yang rajin membuat kerja dan pekerja yang malas membuat kerja. Mereka yang malas membuat banyak kerja hanya berminat untuk mencari jalan mudah. Mereka ini tidak sanggup bekerja kuat dan tidak tahan dengan sedikit kesusahan.
          Semuanya hendak senang belaka! Apabila diberi banyak tugas mereka hanya buat sebahagian sahaja. Sesetengah pula meniru dari rakan sejawat! Apabila mula membiasakan diri dengan amalan meniru idea orang lain, seseorang itu akan terbiasa dengan tabiat berkenaan. 
           Kenapa? Meniru adalah kerja mudah bagi mereka!  Meniru tidak perlu memerlukan kita berfikir dan berikhtiar mencari penyeselaian kepada sesuatu masalah . Apa yang perlu dilakukan adala ana menulis sahaja apa yang anda lihat.
           Usaha yang sedikit akan membuahkan hasil yang banyak. Sebab itu sekali meniru idea orang lain anda gemar meneruskan amalan buruk itu? Lama kelamaan ia menjadi satu tabiat.

TIDAK ADA APA-APA YANG BOLEH MENGAMBIL TEMPAT USAHA

  Tidak ada apa-apa perkara yang boleh mengambil tempat usaha, jadi anda perlu ingat bahawa berusaha adalah satu  kemestian. maknanya bekerja bersungguh-sungguh adalah syarat mutlak sesuatu kejayaan. Berusaha bersungguh-sungguh juga bermakna seseorang  itu tidak boleh mudah berputus asa dalam mengerja sesuatu, apatah lagi dalam mengerja cita-cita dan impian.
   Selagi dia yakin bahawa dia berpeluang untuk memperoleh sesuatu dia akan berusaha dan terus berusaha sampai dapat . Dia akan bangun dan terus bangun walaupun telah jatuh beberapa kali sebelum ini. Akan tetapi sekiranya seseorang itu mula meragui kamampuannya , maka masalah yang kecil akn kelihatan besar, Semangat juang semakin pudar dan lama-kelamaan dia mengaku kalah
   Sejarah dicipta oleh mereka yang bangun semula setelah jatuh berulang-ulang kali. Lembaran sejarah penuh dengan kisah mereka  yang tidak tahu mengaku kalah. Mereka tidak kenal erti "PUTUS ASA".
   Lihat Thomas Edison yang berusaha mencipta lampu mentol. Beliau telah mencuba beribu-ribu kali sebelum berjaya. Setiap kali beliau gagal beliau menganggap usaha itu membawanya semakin hampir dengan kejayaan. Ini bermakna bahawa beliau sentiasa belajar dari setiap kegagal yang dilaluinya.

CEMERLANG MELALUI 6K


1) K pertama bermaksud keiman
2) kedua bermaksud komitmen
3) K ketiga bermaksud kefahaman
4) keempat bermaksud kesabaran 
5) K kelima  bermaksud komunikasi
6) K keenam bermaksud keyakinan

Selasa, 4 Oktober 2011

BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN

Mencapai cita-cita 
1)Kita akan berhasil jika kita mahu belajar dari kegagala
2)Menghargai kegagalan  
3)Harapan menghasilkan tekad
4)Makin besar harapan kita makin kuat tekad kita untuk berhasil
5)Menghadapi kenyataan




TIBA DI PERSIMPANGAN JALAN
1)kegagalan adalah suatu proses pendewasaan
bak kata pepatah "entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah yang penting adalah cara kita menghadapinya"
2)Rangsakan fikir mu wahai sahabat
=Jika kita mengangap kenyataan sebagai tentangan yang berkesinambungan kita akan melewati masa kesukaran dengan aman dan akan menghadapi kegelisahan evaluasi kembali masalahnya dan fokuskan pada jalan keluarnya



"Baik atau buruknya tikdakan seseorang itu dipengaruhi oleh
 ketindakseimbangan permikiran seseorang itu".


Maksud INHALAN
= ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga di kenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap(volatile) dan di hidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda


KESAN PENYALAHGUNAAN INHALAN

1) Rasa mual dan pening
2) Nafas tidak sekata
3) Emosi tidak stabil
4)Fizikal tidak seimbang dan tidak mampu berdiri
5) Kehilangan seria sakit