TEMA : 1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Jumaat, 11 November 2011

5 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara adik-adik yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal adik-adik terima itu sukar? Persoalan itu hanya adik-adik sahaja yang boleh menjawabnya.
Tetapi adik-adik jangan bimbang, kami di Innovology mungkin boleh memberi beberapa tips yang boleh adik-adik gunakan ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh adik-adik cuba:


1) MENGULANGKAJI  PELAJARAN
Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu adik-adik tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan adik-adik selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan adik-adik.

2) BUAT PERSIAPAN AWAL
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil adik-adik tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu adik kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu adik-adik akan merasa gementar, dada adik-adik akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri adik-adik? Adik-adik akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan adik-adik lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.
Pastikan adik-adik menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama adik-adik pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah adik-adik boleh menjawab dengan tenang :)

3) TIDUR AWAL DENGAN SECUKUPNYA
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh adik-adik lemah dan tidak bertenaga, keupayaan adik-adik untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, adik-adik harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri adik-adik akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan.


4) SEMAK JADUAL BETUL-BETUL
Adalah sangat-sangat penting bagi adik-adik untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan adik terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan adik-adik tanya pada guru adik-adik dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan adik-adik tidak tersilap.




5) BERDOA DAN BERTAWAKAL 

Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang adik-adik perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri adik-adik. Pastikan adik-adik mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika adik-adik tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang adik dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.
Kami di Innovology berharap artikel ini dapat membantu adik-adik ketika menduduki peperiksaan nanti. Selamat maju jaya Innovology ucapkan! InsyaAllah :)





Khamis, 10 November 2011

SAHABAT SEJATI

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah. 

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama karenanya... 

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.. 

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.. 

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya. 

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah. 

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis. 

Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya. 

Ingatlah kapan terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??? 
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda 
saat anda tak bisa memberikan apa-apa ?? 

MEREKALAH SAHABAT ANDA 

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. 

** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita ** 

Rabu, 9 November 2011

Kenangan Terindah

Majlis Persaraan En. Mohd Nadzar Bin Abd Rahman (11/3/2011)





Majlis Persaraan Pn. Hjh Nazlizah Bin Hassan (25/5/2011)









Majlis Persaraan Tn Hj Wahid Bin Rakob (13/6/2011)







Majlis Persaraan Tn Hj Hassan Bin Karsimin (21/10/2011)






JOM KIRA BETAPA CANTIKKAH SEORANG WANITA.....

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam pernah ditanya tentang wanita yang terbaik.....
Beliau m'jawab :

Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" itu tiada..
Maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0

KATA-KATA MUTIARA








BERITA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH CALON SPM DAN STPM 2011...

Permohonan ke IPTA & Ins Latihan Kemahiran 2012

Belian secara pukal : 08.11.2011 hingga 30.11.2011
Belian secara individu : 9.1.2012

Tarikh permohonan : Fasa 1: 15.11.2011 -31.12.2011
Fasa 2 : 09.01.2012 -02.04.2012

i.Tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Program Pengajian Asasi di IPTA pada
27 Mei 2012.
ii.Tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Program Diploma ke IPTA pada
03 Julai 2012.

iii. Program Sijil & Diploma Kemasukan ke TEVT(Politeknik)dan ILKA
Tarikh pendftran pelajar baru ke TEVT(Politeknik) & ILKA pd 01 - 15 Julai 2012
Tarikh permohonan : 09.01.2012 -02.04.2012

iv.STPM : sama spt SPM tp tarikh prmohonan pd 9.1.2012 - 2.4.2012
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah pada 01 & 02.9.2012

Sumber: Lmn web Kementerian Pengajian Tingg

RESEPI KEJAYAAN

  • MATLAMAT
  • KESUNGGUHAN
  • FOKUS
  • SABAR
  • SISTEMATIK
  • KREATIF

ANDA INGIN BERJAYA?

  1. Mulakan cita-cita dengan niat kerana setiap perbuatan bergantung kepada niat. oleh sebab itu niatkanlah kebaikan dalam setiap amalan. Berikanlah manfaat kepada orang lain dan hindari daripada melakukan kejahatan.
  2. Gerak kerja dan kesungguhan iailah usaha utama menuju kemulian,penawar untuk terapi bagi penyakitmu bahkan dua perkara ini ialah asetmu.
  3. Fokuskan perhatianmu kepada satu-satu pekerjaan,pendalami,tekuni dan cintai sehingga terselah daya kreativitimu
  4. Memulakan kerja yang paling penting. Tapi awas hindarilah daripada perkara-perkara yang mengganggu konsentrasi dan teragihnya tenaga kepada banyak pekerjaan kerana keadaan ini membingungkan dan melemahkan tubuh.
  5. Kerja yang bersistematik ialah jalan menuju kerjayaan, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ialah suatu tuntutan bagi orang yang berjaya. Adapun tergopoh-gapah  adalah sifat yang dicela.
  6. Hindarilah perasaan BOSAN DAN JEMU.  kerana perasaan jemu itu tidak mendatangkan hasil, manakala perasaan bosan tidak memberi kamu penghormatan. Sebaik-baiknya banyakkan bersabar dan tetapkan pendirianmu. 

MEMULAKAN PERJALANAN MENUNJU KEJAYAAN

Semua orang yang normal mengimpikan dan mengidamkan sesuatu kejayaan walau apa pun namanya:

  • Kecemerlangan
  • Keunggulan 
  • Kehebatan
  • keistimewaan
  • Kejaguhan
Minda iailah fakultri tertinggi yang berdomainkan jasad manusia
yang dianugerah Allah swt. Untuk membezakan manusia daripada
makhluk lain. Minda juga dipanggil:
  • Otak
  • Pemikiran
  • Wawasan
sedangkan kunci  ialah:
  • Punca
  • Sumber
  • Strategi
  • Petua

Isnin, 7 November 2011